Jumaat, 23 Mei 2014

#PAHANGCARBOOTSALES KINI 2 KALI SEMINGGU!!!

 Pahang Car Boot Sales anjuran Anak Muda Management dengan kerjasama PPU Indera Mahkota telah melebarkan sayapnya dengan membuka ruang perniagaan pada hari ahad pula.
Menurut pengurusnya sdr Ramdzan,penambahan hari dibuat kerana mendapat permintaan dari peniaga yang tidak berpeluang berniaga pada hari Jumaat.Beliau yang CK temui di tapak car boot sales itu begitu sibuk bersama pembantunya sdr Ab Ghani yang bertindak sebagai urusetia tapak.

Orang kuat Anak Muda Management
CK sempat meninjau urusetia pada petang tadi dan sempat menemubual beberapa peniaga yang rata-rata amat berterima kasih kepada penganjur yang membuka peluang kepada mereka berniaga bagi mengupayakan ekonomi.

Masa operasi Pahang Car boot Sales adalah seperti berikut:

Jumaat :  6.00 ptg - 2.00 pg
Ahad : 4.00 ptg - 12.00 mlm

Kepada semua datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan suasana dan mendapatkan barangan dengan harga yang berpatutan.

#CK ucapkan syabas dan tahniah buat Anak Muda Management!!!